MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Zakat





Zakat 

Pensyariatan Ibadah Zakat

Zakat merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima. Sabda  Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Dibina Islam itu atas lima tunggak;  Pengakuan tidak ada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu hamba dan rasul-Nya, dan mendirikan sembayang fardhu 5 Kali sehari semalam,  dan mengeluarkan zakat (harta dan fitrah), dan berpuasa dalam bulan Ramadan dan mengerjakan Haji Di Baitullah bagi orang yang mampu."
(HR Bukhari dan Muslim) 

Pengertian Zakat 

Dari segi bahasa bermaksud:
"Bersih,  subur  dan berkembang "

Dari segi syarak :
"Zakat ialah nama bagi kadar harta tertentu yang wajib dikeluarkan kepada golongan tertentu mengikut syarat -syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. ."

Syarat -Syarat Wajib Zakat Harta

1. Islam - dikenakan atas orang Islam sahaja 
2. Merdeka - Merdeka sepenuhnya/bukan hamba 
3. Sempurna Milik - Harta yang dimiliki dikawal sepenuhnya oleh seseorang 
4. Cukup Nisab - Paras minima yang menentukan sama ada sesuatu harta diwajibkan zakat.Nisab bersamaan dengan berat 85gram nilai emas semasa 
5. Cukup Haul - Genap setahun Qamariah (setahun Hijrah) harta itu disimpan atau dimiliki

Jenis harta yang dikenakan zakat 

1. Pendapatan 
2. Wang simpanan/KWSP/LTAT
3. Saham 
4. Emas & Perak 
5. Pendapatan Gaji
6. Pertanian
7. Perniagaan 
8. Ternakan

Zakat tidak dikenakan atas harta-harta tetap seperti bangunan,  rumah, dan tanah kecuali diperniagaankan atau mendatangkan hasil melalui sewaan.

ZAKAT PENDAPATAN 

Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dan Hussein Shahatah , zakat gaji dan pendapatan
die istilahkan sebagai zakat al-mal al-mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan professional

Takrif gaji dan pendapatan yang dikenakan zakat

1. Harta penggajian dan upah kerja :

Gaji, upah,  bonus, tuntutan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah, anugerah, intensif, esos  (skim pilihan saham pekerja)  Dan apa - apa bersumberkan perkhidmatan atau penggajian

2.Hasil kerja bebas

a.  Bayaran peekhidmatan konsultansi professional
b. Bayaran atau keuntungan projek yang diterima oleh kontraktor
c.  Komisyen dan residual income seperti jualan insurans, Takaful, unit trust , brokej
d. Royaliti atau komisen hasil penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya

3. Harta yang menghasilkan Pendapatan ( Mustaghalat)

a.  Hasil sewaan aset seperti bangunan, premis, peralatan dan sebagainya
b.  Hasil produk ternakan seperti susu,  telur, madu dan sebagainya


Pendapatan yang tidak perlu diambil kira untuk pengiraan zakat:

1. Tuntutan lojing (penginapan)
2. Tuntutan keluar negara
3. Tuntutan perbatuan (kilometer)
4. Tuntutan2 lain

Terdapat 2 kaedah mengira/menaksir zakat pendapatan / penggajian

Kaedah pertama

Mengira atas pendapatan kasar
Zakat pendapatan dikira atas semua sumber pendapatan kasar dalam setahun. Kadar zakat sebanyak 2.5% sekiranya taksiran berpandukan penggunaan takwim Hijrah, manakala kadar 2.57% adalah taksiran berdasarkan tahun Masihi. Pendapatan tersebut mestilah bersamaan atau melebihi nisab.

Contoh

Jumlah pendapatan kasar setahun
Rm42000.00
Zakat atas pendapatan
Rm 42000.00 x 2.5% = Rm 1,050.00
Rm 42088.00 x 2.577% = Rm 1,082.34

Kaedah kedua

Mengira atas pendapatan bersih
Jumlah pendapatan kasar setahun ditolak perbelanjaan yang dibenarkan Setahun. Sekiranya pendapatan bersih bersamaan atau melebihi nisab,  kadar zakat 2.5% atau 2.577% dikenakan atas pendapatan tersebut berdasarkan penggunaan takwim Hijrah atau Masihi.

A. PENDAPATAN KASAR SETAHUN

(Dari semua sumber)
Gaji RM 25,000
Elaun RM 5,700
Bonus  RM2,500
Lain-lain RM 500
Jumlah keseluruhan RM 33,700

B. TOLAKAN PEEBELANJAAN

Diri * (RM 9,000)
Isteri * (RM 3,000 bagi seorang isteri)
Anak* (RM 1,000 bagi seorang anak)
Pemberian kepada Ibu  Bapa **(setahun)
Caruman KWSP*(setahun)
Caruman kepada organisasi yang membayarkan zakat ***  - contoh Lembaga Tabung Haji (setahun)
Jumlah keseluruhan RM16,400

C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKATKAN***

(A-B)
RM 33,700 - RM 16,400 = RM 17,300

D. ZAKAT YANG WAJIB BAYAR DIDARABKAN DENGAN:

- Takwin Hijrah 2.5% atau,
- Tahun Masihi 2.577%

2.5% x 17,300 = RM 432.50 (setahun)
2.577% x 17,300 = RM 445.82 (setahun )

E. JUMLAH BAYARAN SECARA PERBULAN

- Contoh Skim Potongan Zakat Berjadual (PZB)
- Takwin Hijrah 2.5% atau,
- Tahun Masihi 2.577%

RM 432.50/12 bulan = RM 36.04 (sebulan)
RM 445.82/12 bulan = RM 37.15 (sebulan)

* Unsur tetap
** Unsur tidak tetap
*** Pendapatan yang hendak dizakatkan mestilah menyamai atau melebihi paras nisab. Contoh nilai nisab ialah RM 11,700 bagi tahun taksiran tersebut.

ZAKAT WANG SIMPANAN

PENGERTIAN WANG SIMPANAN

Wang yang di simpan di  dalam akaun simpaan samada Simpanan Tetap,  Simpanan  Semasa, ASB  serta lain -lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan.

KADAR ZAKAT DAN PENGIRAAN

Zakat di kenakan 2.5% atau 2.577% berdasarkan taksiran penggunaan tahun Masihi atau takwim Hijri daripada jumlah baki simpanan terendah dalam tempoh setahun yang bersamaan atau melebihi nisab.

PENGIRAAN BAGI INDIVIDU MEMILIKI 1 AKAUN SIMPANAN

Tarikh : 01/01/xxxx
Keluar (RM) : -
Masuk/Dividen (RM) : 20,000
Baki (RM) : 20,000

Tarikh : 23/04/xxxx
Keluar (RM) : 2,000
Masuk/Dividen (RM) : -
Baki (RM) : 18,000

Tarikh : 30/05/xxxx
Keluar (RM) : -
Masuk/Dividen (RM) : 5,000
Baki (RM) : 23,000

Tarikh : 10/07/xxxx
Keluar (RM) : 3,000
Masuk/Dividen (RM) : -
Baki (RM) : 20,000

Tarikh : 12/08//xxxx
Keluar (RM) : 2,500
Masuk/Dividen (RM) : -
Baki (RM) : 17,500

Tarikh : 11/11/xxxx
Keluar (RM) : -
Masuk/Dividen (RM) : 2,000
Baki (RM) : 19,750

Tarikh : 21/12//xxxx
Keluar (RM) : -
Masuk/Dividen (RM) : 1,000
Baki (RM) : 20,750

*Baki terendah akaun di atas ialah RM 17,500 ia telah melebihi nisab dan genap setahun (diandaikan nisab pada tahun taksiran tersebut ialah RM 11,700) Tahun haul dalam contoh ini dikira dari 01/01/xxxx - 31/12/xxxx

CONTOH PENGIRAAN (nisab RM 11,700)
Baki terendah  = RM 17,500 (melebihi nisab )
Zakat = RM 17,500 x 2.5% atau 2.577%
               RM 437.50 (Kadar 2.5%)
               RM 450.98 (kadar 2.577%)

PENGIRAAN BAGI INDIVIDU MEMEILIKI BEBERAPA AKAUN SIMPANAN

Sekiranya individu memiliki beberapa akaun simpanan di dalam bank atau lain-lain institusi kewangan, jumlahkan kesemua baki terendah bagi setiap akaun simpanan tersebut. Zakat dikenaakan apabila jumlah baki terendah tersebut bersamaan atau melebihi nisab.

CONTOH PENGIRAAN (Nisab RM 11,700)



Haul = 01/01/XXXX -31/12/XXXX
Baki Terendah
Buku 1
RM 7,000

Buku 2
RM 2,000

Buku 3
RM 5,000
Jumlah Baki Terendah (Melebihi nisab)
RM 14,000
Zakat
RM 14,000 x 2.5% atau 2.577%

RM 350.00 (kadar 2.5%)

RM 360.78 (kadar 2.577%)


 PENGIRAAN AKAUN SIMPANAN TETAP
Bagi akaun simpanan tetap zakat dikenakan ke atas simpanan pokok yang di simpan dalam tempoh setahun.

CONTOH PENGIRAAN (Nisab RM 11,700)


Simpanan Tetap
=
RM 15,000 (Melebihi Nisab)
Zakat
=
RM 15,000 X 2.5% atau 2.577%

=
RM 375.00 (kadar 2.5%)

=
RM 386.55 (kadar 2.577%)

ZAKAT SAHAM

Dr. Yussof Al-Qardhawi dalam bukunya fiqh al-zakah mendefinisikan saham sebagai kertas berharga yang diperniagakan dalam transaksi - transaksi khususnya bursa saham.

Bagi sijil - sijil saham dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham , ianya mudah untuk dijadikan wang tunai dibandingkan dengan saham dalam syarikat yang tidak disenaraikan di bursa saham seperti syarikat persendirian atau saham dalam koperasi.

Saham yang dibeli dari wang sendiri sahaja dikira manakala bahagian yang dibeli melalui pinjaman hendaklah ditolak kerana tidak sempurna milik.

pengiraan zakat atas saham-saham tersenarai die Bursa Saham Malaysia

Pemilik saham-saham berbentuk pelaburan jangka panjang (melebihi setahun) maka zakat di kira 2.5% atau 2.577% berdasarkan taksiran tahun masihi atau takwim Hijri daripada jumlah unit yang dipegang dan didarab dengan harga terendah seunit. Zakat dikenakan apabila nilai saham dimiliki bersamaan atau melebihi nisab.

Contoh Pengiraan (nisab RM 11,700)

Saham yang disimpan = 20,000 unit
Harga terendah saham = RM 1.50
Jumlah nilai saham = 20,000 x RM 1.50
= RM 30,000*
Zakat  = RM 30,000 x 2.5% atau 2.577%
             = RM 750.00 (kadar 2.5%)
             = RM 773.10 (kadar 2.577%)

*Melebihi nisab semasa

Saham yang dijual beli dalam tempoh setahun

Bagi saham - saham  yang dijual beli dalam tempoh setahun, maka kadar zakat dikira 2.5% atau 2.577% daripada jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaan.

Contoh Pengiraan (nisab RM 11,700)

Jumlah saham modal = Keuntungan
RM 50,000 - RM 30,000 = RM 20,000
Zakat = RM 20,000 x 2.5% atau 2.577%
            = RM 500.00 (kadar 2.5%)
            = RM 515.40 (kadar 2.577%)

* Melebihi nisab semasa

SYARIKAT YANG MENGELUARKAN ZAKAT PERNIAGAAN

Saham - saham bagi syarikat yang membayar zakat perniagaan tidak perlu dizakatkan lagi.

SAHAM-SAHAM TIDAK TETSENARAI DI BURSA MALAYSIA
Saham ini tidak mudah ditunaikan. Secara prktikal, zakat hendaklah dikeluarkan ke atas dividen yang diterima.






Post a Comment

0 Comments