MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Halal Produk Serbuk Kari Jenama Baba's




Penjelasan Isu Status Halal Produk Serbuk Kari Jenama Baba's

Pihak kami mula menerima banyak pertanyaan awam khususnya di media sosial berkenaan status halal produk serbuk kari jenama Baba's yang diragui status halalnya. 


Hal ini berpunca daripada mesej tular yang mendakwa produk serbuk kari jenama tersebut dihasilkan menggunakan najis haiwan. Ia ditularkan bersama-sama sebuah video dokumentari berkaitan kaedah pemprosesan produk berasaskan rempah ratus di negara India. Perkara ini akhirnya  menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna yang menerima mesej dan video tersebut.

Untuk makluman, dakwaan terhadap produk serbuk kari jenama Baba’s tersebut adalah TIDAK BENAR. Penjelasan berkenaan isu status halal jenama tersebut pernah dikeluarkan oleh pihak JAKIM pada 26 Oktober 2016 lalu di:-


Perlu diketahui serbuk kari keluaran syarikat Baba Products (M) Sdn Bhd yang dikilangkan di Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah. Penjelasan berkenaan isu ini turut dijawab oleh pihak syarikat:-


Justeru, masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu berita atau mesej tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara. 

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di  www.halal.gov.my Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi  telefon pintar SmartHalal.

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-


Harap maklum dan terima kasih.

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
đŸ“§ pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
23 Zulkaedah 1441 H
15 Julai 2020 M


Sumber : JAKIM



Post a Comment

0 Comments